ANUGERAH PERUNDINGAN

Anugerah Perundingan ini diberikan kepada projek yang telah menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam aktiviti perundingan. Aktiviti perundingan berkenaan hendaklah berjaya diselesaikan dalam tempoh yang telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak. Kepuasan pelanggan turut menjadi salah satu kriteria dalam penilaian pemenang.

KRITERIA PENCALONAN
KRITERIA

a)  Pencalonan

Syarat kelayakan bagi Pencalonan Anugerah Perundingan adalah seperti berikut :

  1. Warga UTM
  2. Mempunyai projek berdaftar dengan UTSB/ UTIM/ COE/HiCOE/ UPMU/ Fakulti/ UTMSPACE /Makmal Perkhidmatan Fakulti Perkhidmatan/ Institut Sultan Iskandar.
  3. Projek hendaklah selesai dalam tahun penilaian beserta laporan lengkap.
  4. Permohonan dihantar melalui dan diperakui oleh Pengarah UTSB/ Pengurus UTIM/ Pengarah COE/HiCOE/ Pengarah UPMU/ Dekan Fakulti/ Pengarah UTMSPACE/ Dekan Makmal Perkhidmatan Fakulti/ Pengarah Institut Sultan Iskandar.

b)  Penilaian / Pemarkahan

Kaedah Penilaian

Syarat-syarat kelayakan Pencalonan Anugerah Perundingan :

  1. Projek yang telah TAMAT (bermaksud tamat dari segi penghantaran laporan akhir) mengikut jadual dalam masa tahun penilaian beserta laporan yang lengkap.
  2. Projek mesti berdaftar dengan UTSB/ UTIM/ COE/HiCOE/ UPMU/ Fakulti/ UTMSPACE /Makmal Perkhidmatan Fakulti Perkhidmatan/ Institut Sultan Iskandar.

Kaedah Pemarkahan

Pemarkahan adalah berdasarkan kriteria utama seperti berikut :

Bil Kriteria/Item Markah (%)
1 Nilai Kos Perundingan 30
2 Kepelbagaian Disiplin 10
3 Sumbangan Pembangunan Profesionalisme 5
4 Sumbangan Pengajaran & Keilmuaan 5
5 Imej dan Reputasi 10
6 Pengiktirafan Pelanggan 10
7 Kualiti Perlaksanaan 10
8 Impak 20
                 Total 100

 

Hadiah

Penerima anugerah akan menerima wang tunai berjumlah RM2,000.00, trofi dan sijil.

 

LAMPIRAN

BORANG PENCALONAN (LAMPIRAN) (Klik Sini)
FORMAT WRITE-UP FINALIS & PEMENANG ANUGERAH

LAMPIRAN HEBAHAN.docx

GARIS PANDUAN DAN KRITERIA PENCALONAN ANUGERAH PERUNDINGAN CITRA KARISMA 2026

1.0 Nama Anugerah Anugerah Perundingan

2.0 Latar Belakang

Anugerah Anugerah ini diberikan kepada individu yang telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam aktiviti perundingan. Aktiviti perundingan berkenaan hendaklah berjaya diselesaikan dalam tempoh yang telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak. Kepuasan pelanggan turut menjadi salah satu kriteria dalam penilaian pemenang.

3.0 Kategori Anugerah – Projek/Kumpulan

4.0 Kriteria/Syarat-syarat Permohonan

a) Warga UTM

b) Mempunyai projek berdaftar dengan UTSB/UTiM/UTMSPACE/Institut Sultan Iskandar

c) Projek hendaklah selesai dalam tahun penilaian (2025) beserta laporan lengkap

d) Permohonan dihantar melalui dan diperakui oleh Pengarah UTSB/Pengurus UTiM/Pengarah UTMSPACE/Pengarah Institut Sultan Iskandar

5.0 Kaedah Penilaian dan Pemarkahan

5.1 Penilaian adalah berdasarkan kriteria utama seperti di Lampiran 1.

5.2 Pemarkahan adalah berdasarkan kriteria pemarkahan berikut:

5.2.1 Pemenang = 80 markah (minimum)

5.2.2 Penghargaan = 70 markah (minimum)

6.0 Hadiah

A. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 beserta Trofi dan Sijil

B. Penghargaan akan menerima Sijil

BORANG PENGHANTARAN PENCALONAN ANUGERAH PERUNDINGAN

Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC)
Pusat Industri, Technovation Park,
Universiti Teknologi Malaysia
81300 Skudai,
Johor Bahru, Johor

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, Hubungi urus setia yang terlibat :

Siti Zulfarina Fadzli – zulfarina@utm.my  (013-3708441)

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index

UTM Open Day