ANUGERAH PEREKACIPTA

Anugerah Perekacipta ini diberikan kepada staf akademik yang telah menunjukkan pencapaian yang tinggi dan berimpak dalam aktiviti perlindungan dan pengkomersialan harta intelek. Aktiviti perlindungan harta intelek seperti penghantaran permohonan perlindungan harta intelek (IP Disclosure Form), pemfailan dan penerimaan perlindungan harta intelek dalam pelbagai kategori. Pengkomersialan harta intelek pula dinilai dari tahap pra-komersialisasi hingga ke tahap pengkomersialan produk. Selain daripada kriteria tersebut, anugerah dan pengiktirafan dalam dan luar negeri serta impak reka cipta terhadap komuniti, industri dan alam sekitar juga diambil kira dalam penilaian tersebut.

KRITERIA PENCALONAN
KATEGORI ANUGERAH
  • Sains & Teknologi
  • Sains Sosial (kategori baru)
KRITERIA/SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

Syarat Utama:

  • Pencalonan dibuka kepada semua staf akademik, individu yang telah mendapatkan sekurang-kurangnya satu harta intelek yang berdaftar dengan MyIPO/ICC.
  • Pengkomersilan harta intelek perlu melalui PTJ yang berkaitan (UTIM, Syarikat Hiliran, UTSB).
  • Semua bahan bukti adalah diwajibkan dan perlu dihantar bersama dengan borang permohonan yang telah lengkap dan diperakukan oleh Ketua Jabatan/PTJ. Borang Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
  • Bagi permohonan pencalonan baru, data yang dikira adalah bagi sepanjang tempoh perkhidmatan perekacipta. Bagi pencalonan semula untuk calon yang pernah memenangi Anugerah ini, data diambil kira bermula dari tahun selepas tahun kemenangan.
  • Hanya seorang pemenang akan dinobatkan untuk setiap bidang dengan markah minimum pemenang ialah sebanyak 80% atau mana-mana dengan markah tertinggi.

Kriteria utama yang Dinilai:

  • Penerbitan artikel dalam jurnal berindeks, tidak berindeks serta lain-lain penerbitan berkaitan bidang harta intelek.
  • Pemfailan pelbagai kategori harta intelek termasuk borang pendedahan reka cipta untuk proses pemfailan, termasuk:
  1. Patent/UI
  2. Rekabentuk Industri
  3. Cap Dagangan
  4. Hak cipta
  5. Reka Bentuk Susunatur Litar Tertutup
  6. Rahsia Dagangan
  7. Pemfailan Paten/UI/Rekabentuk Industri di luar negara (markah bonus)
  • Penerimaan/pendaftaran harta intelek pelbagai kategori termasuk;
  1. Patent/UI
  2. Rekabentuk Industri
  3. Cap Dagangan
  4. Hak cipta
  5. Reka Bentuk Susunatur Litar Tertutup
  6. Pendaftaran Paten/UI/Rekabentuk Industri di luar negara (markah bonus)
  • Pra-komersialisasi harta intelek.
  • Komersialisasi harta intelek, termasuk penjanaan pendapatan, perjanjian pengkomersialan dan penubuhan Syarikat Hiliran.
  • Anugerah berkaitan produk/reka cipta berkenaan di peringkat UTM, Kebangsaan dan Antarabangsa.
  • Anugerah Khas Perekacipta yang diterima ATAU pengiktirafan/pelantikan daripada Badan Profesional yang diiktiraf di peringkat UTM, Kebangsaan dan Antarabangsa.
  • Impak harta intelek/reka cipta terhadap perkembangan dan pembangunan komuniti dan industri.

 

KAEDAH PENILAIAN DAN PEMARKAHAN

Kaedah Penilaian dan Pemarkahan

Pemarkahan adalah berdasarkan kriteria utama seperti di Lampiran 1.

 

HADIAH ANUGERAH

  • Hadiah Sains & Teknologi (1 pemenang) RM1,000 dan sijil pemenang
  • Hadiah Sains Sosial (1 pemenang) RM1,000 dan sijil pemenang
GARIS PANDUAN DAN KRITERIA ANUGERAH PEREKACIPTA

BORANG PENCALONAN (LAMPIRAN)
FORMAT WRITE-UP FINALIS & PEMENANG ANUGERAH

Borang pencalonan yang telah dilengkap hendaklah diserahkan kepada Urus Setia Anugerah Perekacipta 2024.

Pejabat Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC)
Pusat Industri, Technovation Park,
Universiti Teknologi Malaysia
81300 Skudai,
Johor Bahru, Johor

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, Hubungi urus setia yang terlibat :-

Pn. Norlinda Ali     018-7854546 / norlinda@utm.my

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index