ANUGERAH PERUNDINGAN

Anugerah Perundingan ini diberikan kepada projek yang telah menunjukkan pencapaian yang tinggi dalam aktiviti perundingan. Aktiviti perundingan berkenaan hendaklah berjaya diselesaikan dalam tempoh yang telah dipersetujui antara kedua-dua belah pihak. Kepuasan pelanggan turut menjadi salah satu kriteria dalam penilaian pemenang.

KRITERIA PENCALONAN
KRITERIA

a)  Pencalonan

Syarat kelayakan bagi Pencalonan Anugerah Perundingan 2023 adalah seperti berikut :

  1. Warga UTM
  2. Mempunyai projek berdaftar dengan UTSB/ UTIM/ COE/HiCOE/ UPMU/ Fakulti/ UTMSPACE /Makmal Perkhidmatan Fakulti Perkhidmatan/ Institut Sultan Iskandar.
  3. Projek hendaklah selesai dalam tahun penilaian (2023) beserta laporan lengkap.
  4. Permohonan dihantar melalui dan diperakui oleh Pengarah UTSB/ Pengurus UTIM/ Pengarah COE/HiCOE/ Pengarah UPMU/ Dekan Fakulti/ Pengarah UTMSPACE/ Dekan Makmal Perkhidmatan Fakulti/ Pengarah Institut Sultan Iskandar.

b)  Penilaian / Pemarkahan

Kaedah Penilaian

Syarat-syarat kelayakan Pencalonan Anugerah Perundingan 2023 :

  1. Projek yang telah TAMAT (bermaksud tamat dari segi penghantaran laporan akhir) mengikut jadual dalam masa tahun 2023 beserta laporan yang lengkap.
  2. Projek mesti berdaftar dengan UTSB/ UTIM/ COE/HiCOE/ UPMU/ Fakulti/ UTMSPACE /Makmal Perkhidmatan Fakulti Perkhidmatan/ Institut Sultan Iskandar.

Kaedah Pemarkahan

Pemarkahan adalah berdasarkan kriteria utama seperti berikut :

Bil Kriteria/Item Markah (%)
1 Nilai Kos Perundingan 40
2 Kepelbagaian Disiplin 15
3 Sumbangan Pembangunan Profesionalisma 5
4 Sumbangan Pengajaran & Keilmuaan 10
5 Imej dan Reputasi 10
6 Pengiktirafan Pelanggan 10
7 Kualiti Perlaksanaan 10

 

Hadiah

Penerima anugerah akan menerima wang tunai berjumlah RM2,000.00, trofi dan sijil.

 

LAMPIRAN

BORANG PENCALONAN (LAMPIRAN) (Klik Sini)
FORMAT WRITE-UP FINALIS & PEMENANG ANUGERAH

Borang pencalonan yang telah lengkap diisi (dengan pengesahan Pengarah UTSB/ Pengurus UTIM/ Pengarah COE/HiCOE/ Pengarah UPMU/ Dekan Fakulti/ Pengarah UTMSPACE/ Dekan Makmal Perkhidmatan Fakulti/ Pengarah Institut Sultan Iskandar) hendaklah dihantar ke:

Pusat Inovasi dan Pengkomersilan (ICC)
Pusat Industri, Technovation Park,
Universiti Teknologi Malaysia
81300 Skudai,
Johor Bahru, Johor

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, Hubungi urus setia yang terlibat :

Cik Nur Diyana Binti Mohd Ruzmi 017-7530078 / nurdiyana@utm.my

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index