TAN YEOW KIANG@BUGS TAN

Tan Yeow Kiang atau lebih dikenali sebagai Bugs Tan adalah salah seorang perekacipta yang terkenal di Malaysia. Beliau yang dilahirkan pada 12 Mei 1961 di Klang, Kuala Lumpur telah mendapat kemahiran merekacipta seawal usia muda melalui bapanya yang bergiat aktif dalam bidang pertanian. Sehingga kini, beliau telah merekacipta lebih daripada 10 produk inovasi dan sebahagian daripada produk-produk tersebut  telah menerima anugerah daripada dalam dan luar Negara. Antara produk inovasi yang telah mendapat banyak pengiktirafan ialah Litewalk Grating System yang telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia melalui Anugerah Inovasi Kebangsaan  dan juga mendapat Anugerah Istimewa daripada Persatuan Perekacipta Asia. Antara produk inovasi lain ialah Fanfilta, Uncle Bugs Invention Workbook, I’ve got an idea Workbook, Outdoor Air Cooler, TV animation series (Robot Boleh), Hydrogen Generator for Automotive dan banyak lagi. Kebanyakan daripada produk-produk yang dihasilkan telah pun dipatenkan di Malaysia dan luar Negara. Bugs Tan, bukan hanya seorang perekacipta, malah beliau juga adalah pengasas syarikat Creative and Innovative Practicing Company (CIPCO) dan juga penasihat kepada beberapa syarikat lain berkaitan dengan inovasi. Selain itu, beliau juga turut bergiat aktif dalam pengembangan inovasi dan kreativiti di Malaysia. Beliau dilantik sebagai salah seorang panel dalam My Ideas yang dicetuskan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia, ahli kehormat dalam Persatuan Perekacipta Asia, hakim dalam salah satu rancangan realiti TV berkenaan dengan mereka cipta iaitu IDEAS Malaysia Inventors’ Challenge dan banyak lagi. Bugs Tan kini yang berumur 50 tahun ingin melihat anak-anak muda di Malaysia bergiat aktif dalam bidang inovasi dan kreativiti kerana ia dapat memberikan banyak faedah kepada Negara ini. Dengan sebab itulah beliau meluangkan masa pada setiap sabtu pagi untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja yang ingin meminta pandangan dan pendapat berkaitan dengan inovasi. Selain itu, beliau selalu memberikan ceramah berkaitan dengan perkongsian ilmu dalam bidang inovasi dan kreativiti di universiti-universiti, organisasi kerajaan dan juga syarikat-syarikat besar di Malaysia. Beliau yang mempunyai dua orang anak perempuan juga ingin melihat kanak-kanak di Malaysia didedahkan dengan inovasi dan rekacipta seawal usia kanak-kanak. Dengan sebab itulah beliau juga menjalankan bengkel bagi kanak-kanak berkenaan dengan cara mereka cipta sesuatu barang.

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index