CRADLE Fund Sdn Bhd (Cradle), agensi di bawah Kementerian Kewangan yakin 50 peratus pelaburan awal dijangka dapat disumbangkan oleh pelabur budiman dalam tempoh lima tahun akan datang daripada 20 hingga 30 peratus pada masa ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazrin Hassan berkata, jumlah itu dapat dicapai terutama dengan pelancaran Malaysian Business Angel Network (MBAN) oleh syarikat dengan sasaran untuk meningkatkan kelayakan pelabur budiman di negara ini melalui latihan dan pendidikan.
Katanya, pelabur budiman ialah pelabur yang menyediakan sokongan kewangan kepada perniagaan atau usahawan kecil yang baru bermula. ?Cradle menjangka dengan penubuhan MBAN akan mempercepatkan lagi pertumbuhan pelabur budiman di Malaysia serta melengkapkan bantuan kerajaan dalam menyediakan dana kepada perniagaan baru.
?Dengan membawa bersama sumber pelaburan budiman di Malaysia, kami berharap untuk mendapatkan lebih ramai pelabur dan meningkatkan nilai pelaburan bagi membantu merapatkan jurang pelaburan awal,? katanya pada sidang media selepas pelancaran MBAN di Kuala Lumpur, semalam.
Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Nazrin berkata, buat masa ini terdapat empat kelab pelabur budiman di Malaysia dengan anggaran ahli seramai 150 orang dan pihaknya menyasarkan penambahan lagi 50 pelabur budiman akan menyertai menjelang tahun depan.
http://www.hmetro.com.my/articles/Cradleoptimis50peratusdaripadapelaburbudiman/Article
Harian Metro, 19 Disember, 2012