Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semalam, mengumumkan kejayaan membangunkan sistem penyembelihan menepati syarat halal dan berasaskan syariah pertama di dunia.

UTM bangunkan sistem sembelih halal automatik
Dr Mohd Azraai (kiri) bersama Dr Rubiyah menunjukkan model SYCUT pada sidang media di UTM, Skudai, semalam.foto-BH

Sistem yang dinamakan Pemprosesan Ayam Halal Automatik (SYCUT) dibangunkan lapan pensyarah Pusat Kecerdikan Buatan dan Robotik (CAIRO) UTM diketuai Pengarah CAIRO, Prof Datin Dr Rubiyah Yusof.
Rubiyah berkata, sistem yang dibangunkan sejak dua tahun lalu, kini sedia digunakan sepenuhnya selepas kejayaan dalam percubaan di sebuah pusat penyembelihan di Semenyih, Selangor.

“Sistem itu menggunakan kamera berkelajuan tinggi dan perisian dibangunkan sendiri CAIRO. Kamera berkelajuan tinggi ini akan merakam bahagian leher ayam yang disembelih sebelum gambar terbabit diproses perisian sama ada sembelihan ayam itu menepati syarak atau tidak.

“Bagi ayam yang disembelih tidak menepati syarak, sistem penggera akan berbunyi dan ia akan diasingkan. Susulan percubaan dilakukan di kilang menyembelih ayam dekat Semenyih, kini SYCUT sudah 100 peratus bersedia untuk digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bangunan Canselori UTM, di sini, semalam. Yang turut hadir, Pemangku Naib Canselor UTM, Prof Dr Mohd Azraai Kassim.

Penyelesaian keraguan
Rubiyah berkata, SYCUT menjadi penyelesaian kepada keraguan ayam yang disembelih dalam kalangan pengguna sama ada halal atau tidak.

“Sistem itu yang berasaskan jaringan web bagi mengawal dan memantau tahap penyembelihan juga memudahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memantau daripada pejabat dengan data dan akses internet.

“Sebelum ini pemantauan halal ditentukan individu yang kadangkala terpaksa melihat puluhan ribu ayam ketika proses sembelihan. Sistem itu dapat mengurangkan faktor manusia dalam memantau status ayam sembelihan halal yang mungkin keletihan,” katanya.-bHarian

Research Ecosystem
Universiti Teknologi Malaysia UTM Nexus - Research & Innovation

Office of Deputy Vice Chancellor (Research & Innovation)

DVCRI Profile Johor Bahru Office Kuala Lumpur Office

Higher Institution Centre of Excellence (HI-COE)

Advance Membrane Technology Research Centre - AMTEC Institute of Noise & Vibration - INV Wireless Communication Centre - WCC

Research Institute

Centre of Excellence (COE)

Institute of High Voltage & High Current - IVAT UTM-MPRC Institue for Oil & Gas - IFOG Centre for Artificial Intelligence & Robotics - CAIRO Centre for Engineering Education - CEE Centre for Advanced Composite Materials - CACM Innovation Centre in Agritechnology for Advanced Bioprocessing - ICA Institute of Bioproduct Development - IBD

Service Entity

Research Management Centre - RMC Penerbit UTM Press Centre for Community & Industry Network - CCIN Innovation & Commercialisation Centre - ICC University Laboratory Management Centre - PPMU Institut Sultan Iskandar - UTM-ISI

Get the latest news & events

Customer Satisfaction Index