JOHOR BAHRU 5 Nov. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) meneruskan kegemilangan apabila muncul sebagai institusi penyelidikan paling banyak memenangi pingat dalam Pameran dan Persidangan BioMalaysia dan Bioekonomi Asia Pasifik 2013 yang diadakan di sini baru-baru ini.
Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTM, Prof. Dr. Ir. Mohd. Azraai Kassim berkata, pada pameran berkenaan, UTM membawa pulang lima pingat emas, 15 perak dan 10 gangsa daripada 35 produk rekacipta dan inovasi yang dihasilkan para penyelidiknya.