KUALA LUMPUR, 6 Disember 2012: UNIVERSITI Teknologi Malaysia (UTM) membawa pulang hadiah wqang tunai RM50,000 apabila dipilih sebagai pemenang Innovative and Entrepreneurial Teaching and Learning di Majlis MOHE Entrepreneurial Awards Dinner 2012 yang berlangsung di ibu negara malam tadi.
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Ir Dr Mohd Azraai Kassim yang mewakili UTM menerima berkenaan yang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.